Enam Pelajar Sabah Berjaya Terbitkan Artikel di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

KENINGAU : Enam anak remaja Sabah yang merupakan pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau telah menerbitkan artikel berkenaan dengan isu bahan buangan yang mereka telah masing-masing tulis di majalah Bahasa Inggeris keluaran sebuah institusi pendidikan di Indonesia, STKIP PGRI Pacitan, untuk edisi yang bertemakan Hari Kesedaran Bahan Buangan yang dikeluarkan pada 28 Februari 2025.

Read More

Pelajar Pembinaan Berjaya Terbit Kajian Ilmiah di Jurnal Akademik

KENINGAU : Sekumpulan pelajar perempuan berusia 18 tahun dari program Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional (KV) Keningau, bersama dengan guru-guru mereka, telah berjaya menerbitkan artikel penyelidikan berkaitan dengan penilaian kerosakan struktur rumah di jurnal akademik bertajuk International Journal of Multidisciplinary: Applied Business and Education Research pada 23 September 2024.

Read More

Anak Sabah Terbit Artikel Editorial di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

KENINGAU : Empat orang anak Sabah yang merupakan pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau telah menerbitkan artikel editorial yang mereka telah masing-masing tulis di majalah Bahasa Inggeris keluaran sebuah institusi pendidikan di Indonesia, STKIP PGRI Pacitan, untuk isu Hari Perlindungan Anak Sedunia baru baru ini. Majalah tersebut yang dikenali sebagai E-Magz boleh diakses melalui pautan https://pbi.stkippacitan.ac.id/e-magazine/#flipbook-df_868/23/

Read More

Pelajar Kolej Vokasional Keningau Menang Pingat Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa

KENINGAU : Pasukan Teknologi Automotif Kolej Vokasional (KV) Keningau telah meraih pingat emas dalam pertandingan inovasi Kuala Lumpur International Invention & Innovation Symposium 2024 (KL3IS) anjuran Universiti Teknologi Mara dan sebuah persatuan pendidikan di Indonesia yang diumumkan keputusannya pada 24 Julai 2024 melalui saluran secara langsung YouTube. 

Read More