
TAWAU: Seorang pelajar lelaki yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam kemalangan di Batu 15 Jalan Apas, kelmarin.
Insiden pukul 3 petang membabitkan motosikal ditunggang mangsa dan sebuah pacuan empat roda mengakibatkan mangsa berumur 18 tahun berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin dalam kenyataan berkata, semasa kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari perumahan Ranggu menuju ke Semporna manakala pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berumur 51 tahun, dari ladang ternakan ayam di Quion Hill menuju ke Kampung Kinabutan.
Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu pacuan empat roda terbabit telah keluar dari simpang Jalan Quion Hill lalu masuk ke lorong kanan bagi membuat pusingan āUā telah dilanggar oleh penunggang motosikal yang berada di jalan lurus di bahagian tepi belakang sebelah kiri pacuan empat roda tersebut.
Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian.
Kes kemudian disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
SumbeR: TawauSyurga
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah