
KOTA KINABALU: Kabinet Sabah yang bermesyuarat hari ini meluluskan Skim Insurans Berkelompok yang memberi manfaat kepada lebih kurang 3.5 juta penduduk tempatan.
Perlindungan insurans kemalangan (Personal Accident) itu adalah percuma kepada setiap penduduk yang layak.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, perlindungan insurans itu akan dilaksanakan melalui syarikat milik kerajaan negeri, Progressive Insurance Bhd.
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata kira-kira 3.5 juta penduduk Sabah berumur antara satu bulan hingga 80 tahun secara automatik akan memperolehi insuran perlindungan diri secara percuma.
Katanya, ia bernilai sehingga RM10,000, berserta faedah khairat kematian sebanyak RM500.
“Sebagai permulaan, skim perlindungan percuma ini untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2028.
“Melalui proses tuntutan insurans yang cekap, sebarang tuntutan bayaran disalurkan kepada penerima dalam masa 14 hingga 30 hari selepas dokumen lengkap dikemukakan.
“Skim perlindungan insurans ini adalah satu lagi usaha Kerajaan Negeri Sabah menjaga kebajikan rakyat, di samping mengurangkan beban kewangan rakyat khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan B40,” katanya.
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah