Satu Maut Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Jalan Keningau – Sook

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan.

KENINGAU: Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan dua buah kereta di Batu 18, Jalan Keningau – Sook, pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.00 pagi itu, mangsa berumur 44 tahun yang memandu kereta jenis sedan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Katanya, pemandu kenderaan kedua berumur 22 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 pagi dan segera menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati kemalangan melibatkan dua buah kereta dan dua mangsa. 

“Pihak bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa di dalam salah sebuah kenderaan dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.23 pagi selepas memastikan lokasi kejadian berada dalam keadaan selamat,” katanya sambil menambah punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *