3 Cedera, 1 Parah Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Kimanis

Foto Ihsan Bomba

KIMANIS: Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan yang bertembung di Kampung Oyong, Kimanis awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 6.51 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh 14 kilometer.

Menurut Komander Operasi, PBK I Anwar bin Bahrin, kemalangan membabitkan sebuah Toyota Vios dan sebuah Honda City yang bertembung secara berdepan.

“Terdapat tiga orang mangsa terlibat. Seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan Honda City dan telah dikeluarkan oleh pasukan bomba, manakala dua orang mangsa di dalam Toyota Vios berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Semua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Maklumat mangsa menunjukkan wanita berusia 38 tahun dari kenderaan Honda City mengalami kecederaan parah, sementara dua mangsa dari Toyota Vios — seorang wanita berumur 35 tahun dan seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an — mengalami kecederaan ringan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.25 pagi setelah pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *