Hajiji Tidak Terlibat Dalam Sebarang Video Skandal Perlombongan Sabah – SPRM

Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, tidak terlibat dalam sebarang video yang tular berkaitan siasatan skandal perlombongan mineral Sabah.

Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada Hajiji sebanyak dua kali bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara.

“Beliau memberikan kerjasama. Di peringkat awal pun, kita sudah ambil statement YAB Hajiji. Di sini, kita tidak ada sebarang niat untuk melindungi sesiapa. Kita telus dari segi siasatan.

“Malah, Ketua Menteri sendiri pun kita telah panggil untuk memberikan keterangannya. Apa yang beliau menyatakan tidak dapat kami dedahkan, tetapi soalan yang diajukan adalah untuk mendapatkan penjelasan.

“Cuma di peringkat dia tu, ada beberapa perkara yang perlu kita dapatkan penjelasan.

“Namun, dalam kes ini, jangan risau, beliau tidak terlibat dalam sebarang video berkenaan,” beliau berkata semasa sidang media di sebuah hotel.

Siasatan video-video melibatkan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah dimulai semenjak tahun lalu selepas pendedahan di sebuah portal Malaysiakini.

Azam juga memberi penghargaan terhadap kerajaan negeri atas keterbukaan terhadap siasatan SPRM.

Beliau berkata, Ketua Menteri dan lain-lain tidak pernah campur tangan ataupun menyoal pihak SPRM berkenaan dengan kes tersebut.

SumbeR: SayangSabah

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *