Tiada Kelibat ADUN Lamag Di Istiadat Pembukaan Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Barisan pemimpin pada Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Yang Keenam Belas berlangsung megah di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilihat tidak menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Yang Keenam Belas, hari ini. 

Berdasarkan tinjauan Sayang Sabah mendapati kerusi ADUN terbabit di blok pembangkang dilihat kosong dan kelibat beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan itu tidak kelihatan.

Hari ini, Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menyampaikan teks ucapan Dasar Kerajaan Negeri Sabah yang pertama. 

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Yang Keenam Belas akan berlangsung selama empat hari minggu depan bermula dengan perbahasan.

SumbeR: SayangSabah

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *