JIM Sabah Tahan 61 Warga Asing Dalam Beberapa Serbuan Di Semporna

Antara warga asing yang ditahan.

SEMPORNA :Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan 61 warga asing selepas melakukan serbuan di lima kawasan penempatan di Semporna dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan kelmarin.

Pengarahnya, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 32 lelaki, 10 perempuan, tiga kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan merupakan warganegara Filipina, Indonesia, Pakistan dan China.

Katanya, warga asing terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Imigresen Tawau.

Menurut beliau, kesemua warganegara asing yang ditahan telah dihantar ke Depot Imigresen Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sepanjang operasi dijalankan pihaknya telah memeriksa seramai 173 individu yang terdiri daripada warga asing dan warga tempatan.

Sehubungan itu, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI serta mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Operasi kali ini melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Semporna, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu.

SumbeR: TawauSyurga

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *