Penjawat Awam Maut, Kereta Dipandu Terbabas Sendiri Di Jalan Telupid

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa di dalam kenderaan berkenaan.

BELURAN: Seorang penjawat awam maut selepas kereta yang dinaiki bersama isteri dan dua anaknya terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Buis Kiabau, Telupid, malam tadi.

Mangsa berusia 46 tahun itu, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah, manakala isteri dan dua anaknya mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.02 malam.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai terbabas sendiri.

“Terdapat tiga mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam dan seorang lagi dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang dikeluarkan oleh pasukan bomba disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.30 malam,” katanya.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *