Pejalan Kaki Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda Di Jalan Lintas

Pihak polis menjalankan siasatan di lokasi kemalangan maut membabitkan pejalan kaki dirempuh semasa melintas jalan.

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki maut dirempuh pacuan empat roda semasa melintas jalan di Jalan Lintas berhampiran Iramanis di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dalam perjalanan dari arah Kolombong menuju ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK). 

“Apabila sampai ditempat kejadian, secara tiba-tiba seorang pejalan kaki lelaki berumur dalam lingkungan 30-an bertindak menyeberang jalan daripada arah kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu pacuan empat roda tidak sempat mengelak lalu melanggar pejalan kaki berkenaan.

“Impak kemalangan menyebabkan pejalan kaki terpelanting dan tercampak ke hadapan sebelum jatuh diatas jalan raya. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh Pegawai Perubatan bertugas akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kasim berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda pula dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) untuk menerima rawatan kerana mengalami sakit dibahagian dada.

“Siasatan awal mendapati kecuaian disebabkan oleh pejalan kaki yang cuai melintas jalan dan menyebabkan kemalangan berlaku.

“Siasatan lanjut bagaimanapun masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memandu dalam keadaan berhati-hati dan patuh kepada peraturan lalulintas dan pejalan kaki pula dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan konsep melihat kiri dan kanan jalan sebelum melintas jalan jika selamat barulah melintas jalan,” katanya.

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *