
TUARAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar lari sebuah kereta di Jalan Gayang, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi selepas parah di bahagian kepala dan seluruh badan.
“Siasatan mendapati, kemalangan membabaitkan sebuah motosikal dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan.
“Pemandu kenderaan didapati melarikan diri dari lokasi kemalangan dan penunggang motosikal yang cedera parah di bahagian kepala dan seluruh badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan setakat ini beberapa orang individu sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
“Pihak polis sedang giat mengesan pemandu yang melarikan diri dari lokasi kemalangan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran, Inspektor Haffiz di talian 011-61600964 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan berhemah ketika di jalanraya,” katanya.
Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah