2 Termasuk Penjawat Awam Ditahan Kes Tuntutan Palsu Di Sabah

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 471 dan 107 Kanun Keseksaan. 

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan dua individu termasuk seorang penjawat awam disyaki terlibat dalam kes berkaitan tuntutan palsu pada Disember 2018.

Menurut sumber, seorang wanita berusia 40an, yang merupakan pemilik syarikat, dan penjawat awam lelaki berusia 50an itu ditahan kira-kira 10 pagi di pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Sumber memaklumkan, kedua-duanya disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir mantan palsu bagi tujuan pembelian peralatan persekolahan bernilai kira-kira RM10,000 sedangkan pembelian berkenaan tidak dilaksanakan.

“Wanita itu dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melalui invois dan diperakui penerimaan oleh pegawai (penjawat awam itu) di institusi pendidikan (sekolah) berkenaan,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 471 dan 107 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *